ZIARAH MAHABBAH KADUN PINANG TUNGGAL

PINANG TUNGGAL – Pusat Khidmat ADUN Pinang Tunggal yang diketuai oleh Ustaz Muhasdey Muhamad selaku Pegawai Khas kepada YB Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman meneruskan misi ziarah ke beberapa kampung.

Ziarah kali ini tertumpu di Kg. Permatang Tinggi B, Permatang Tinggi C dan Permatang Tinggi Bakar Bata. Ustaz Muhasdey Muhamad berkata sebanyak 13 keluarga menerima bantuan berupa barangan keperluan dapur.

“Kami menyantuni Warga Emas, penduduk yang mengalami masalah kesihatan, uzur dan yang terjejas disebabkan PKPB. Program ziarah ini berjalan hampir setiap minggu dan tidak pernah ditinggalkan sejak saya menjadi Pegawai Penyelaras KADUN pada tahun 2011.”

“Ziarah Mahabbah ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan tetapi pihak kami juga turut melakukan semakan berkenaan bantuan-bantuan yang boleh disalurkan kepada penduduk seperti bantuan Program Isejahtera Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain bantuan yang layak untuk diterima”

“Diharapkan Ziarah Mahabbah ini bukan saja dapat membantu meringankan beban tetapi juga memberi suntikkan moral kepada mereka selain mengeratkan silaturrahim persaudaraan antara pihak kami dan masyarakat setempat.

Hadir sama, Zainuddin Bin Mohamed (Ahli Majlis MBSP), Muhammad ‘Adil Fitri Bin Mat Aripin (Setiausaha MPKK Permatang Tinggi B), Puan Norhayati Mustafa (Pengerusi JPWK KADUN Pinang Tunggal), serta beberapa Ahli Jawatankuasa MPKK Permatang Tinggi B.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top