Usaha Pencegahan dan Rawatan Perlu Seiring – Mufti Pulau Pinang

Sememangnya agama Islam larang perlakuan seksual songsang dan di luar perkahwinan sah, namun tidak bererti Islam halang usaha cegah dan rawat penyakit yang berpunca daripada amalan tersebut. Apa jua cara dan kaedah berkesan cegah atau basmi HIV/Aids maka Islam mengalu-alukannya. Ini termasuk kaedah abstinen/ pantang hindari penyakit berkenaan atau rawat setelah terkena jangkitan. Kita boleh gunakan cara pencegahan dan perawatan sekaligus. Para pendakwah, pendidik dan pimpinan pelbagai lapisan masyarakat hendaklah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan para pengamal perubatan dalam menangani gejala HIV / Aids ini.” – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor

Seperti kata-kata Datuk Mufti Pulau Pinang, mencegah dan merawat haruslah seiring dan ini merujuk kepada pernyataan daripada HarakahDaily yang mengeluarkan kenyataan di Harakah yang menyoal Projek Rintis KKM dalam memberi ubat PrEP kepada pengamal seks songsang.

Sesungguhnya Islam melarang perbuatan seks songsang dan seks di luar perkahwinan akan tetapi dalam mencegah dan merawat ianya dialu-alukan di dalam Islam.

Sekiranya kumpulan tersebut (i-medik) tidak bersetuju dengan gerak kerja KKM dalam mencegah dan merawat, ianya umpama membiarkan gejala penyakit HIV tersebut tersebar dan membahayakan rakyat Malaysia, inikah yang mereka mahukan?

Seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini, kes HIV yang paling tinggi adalah di Kelantan. Jadi mahukah mereka membiarkan sahaja gejala HIV ini merebak dan menular di Kelantan dan seluruh Malaysia?

APA ITU UBAT PREP?

Profilaksis pra-pendedahan (PrEP) ialah apabila seseorang individu mengambil ubat HIV untuk mengurangkan peluang mereka mendapat jangkitan dan pada masa yang sama menghadapi risiko memperoleh HIV. Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada masa ini mengesyorkan PrEP diambil setiap hari baik untuk lelaki ataupun wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk memperoleh HIV (WHO, 2017).

Sumber – MyPrepLocator | Merdeka Times | MalaysiaKini | i-medik | Harakah Daily |

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top