Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Ziarah Mangsa Kebakaran

BUKIT MERTAJAM – Sebuah rumah hangus dijilat api dalam satu kebakaran di Kampung Tasek Junjung. Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 8.00 malam itu mengakibatkan keluarga tersebut tinggal sehelai sepinggang apabila pakaian, barangan, motosikal dan dokumen penting hangus.

Mangsa, Abdul Rahman Mustafa berkata api marak dengan begitu cepat sehingga mereka sekeluarga tidak dapat menyelamatkan barangan di dalam rumah. BOMBA tiba ditempat kejadian agak lewat memandangkan jentera BOMBA menghadapi masalah untuk masuk ke lokasi kejadian disebabkan jalan kampung yang sempit.

Mangsa merupakan Bendahari MPKK Tasek Junjung dan ahli Parti AMANAH Bahagian Bukit Mertajam. YB Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang turun ke Kampung Tasek Junjung untuk menziarahi mangsa dan menyampaikan sedikit sumbangan. Hadir sama, YB Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Ong Jing Cheng (Ahli Majlis MBSP), Zainuddin Mohamed (Ahli Majlis MBSP) dan staf Pusat Khidmat Parlimen dan ADUN.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top