SUMBANGAN MAKAN TENGAHARI KEPADA PELAJAR MATRIKULASI YANG MENJALANI KUARANTIN

PONGSU SERIBU – Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai, En. Zainuddin Mohamed menggerakkan bantuan awal kepada Matrikulasi Pulau Pinang selepas mendapat pengkhabaran daripada salah seorang tenaga pengajar berkenaan penutupan Matrikulasi disebabkan peningkatan kes positif Covid-19.

“Mengikut maklumat yang saya perolehi seramai 352 pelajar sedang menjalani kuarantin di asrama. Pelajar-pelajar yang positif telah diasingkan. Saya dimaklumkan belum ada bantuan makan tengahari ditawarkan kepada pihak Matrikulasi oleh itu saya bersama Ahli Majlis Norly Masitah dan Tarmizi Jusoh secara bersama menyumbang 400 bungkus nasi dan 50 karton air mineral untuk diedarkan kepada pelajar, tenaga pengajar dan sukarelawan. Sumbangan diserahkan melalui Pengarah Matrikulasi Pulau Pinang, En. Suhaimi Bin Saidin.”

“Saya akan berbincang dengan YB Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang untuk bantuan-bantuan lain,” ujar beliau kepada Kami Keadilan.

“Saya doakan agar semua pelajar yang telah disahkan positif Covid-19 cepat sembuh agar mereka dapat kembali menjalani sesi pembelajaran seperti biasa. Pengarah memaklumkan buat sementara ini mereka terpaksa mengikuti sesi pembelajaran secara atas talian namun ramai yang tidak dapat mengikutinya disebabkan masalah liputan internet yang lemah.”

“Kepada semua pelajar dan kaki tangan Matrikulasi terus tingkatkan disiplin dalam pematuhan SOP bagi mengekang penularann wabak Covid-19”.

Hadir sama, Ahli Majlis MBSP, En. Tarmizi Jusoh yang juga merupakan Ahli Majlis yang bertanggungjawab di kawasan KADUN Sungai Dua. Kami Keadilan difahamkan Ahli Majlis Norly Masitah tidak dapat hadir kerana menghadiri program lain pada masa yang sama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top