Siapa Komunis Sebenarnya?

Jika anda berbangsa bani Melayu, tulisan ini ditujukan untuk anda. Sila hadamkan. Terpulang sama ada bersetuju atau tidak. Mungkin juga anda tiba-tiba menjadi pahlawan terpaling Melayu. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing.

Di dalam kerajaan PN hari ini, Wee Ka Siong dari MCA merupakan Menteri Pengangkutan. Sebelum itu Wee Jeck Seng pula menjadi orang kedua mewakili MCA selepas mencatat kemenangan pada Pilihanraya Kecil Parlimen Tanjung Piai selepas kematian Allahyarham Dr. Md Farid Md Rafik.

Strategi MCA melalui 2 ahli parlimennya adalah untuk menguasai semua tempat perniagaan termasuk pelabuhan-pelabuhan yang strategik di Malaysia. Wee Ka Siong bertindak dengan melantik taiko MCA di semua pelabuhan terpenting dalam negara.

CEO Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Tuan Ahmad Nizam Zolfakar & Dr Zainol Fuad telah ditukar serta digantikan oleh Chester Voo Chee Soon pada May 2020 selepas Langkah Sheraton dan pembentukan kabinet.

Baru2 ini, terdapat laporan media yang menyatakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz akan diambil alih Desmond Lim pada saat ketika negara masih di bawah perintah Darurat yang membabitkan sejumlah wang sebanyak RM3.7 Billion

Selain menguasai pelabuhan yang memberi keuntungan jutaan ringgit, MCA turut menguasai pendidikan. Kerajaan PN memberi peruntukan sebanyak RM58 juta kepada sekolah swasta cina sedangkan pada zaman PH hanya RM2 juta sahaja diperuntukkan.

Tidak cukup dengan itu, Wee Ka Siong turut campur tangan dalam Kementerian Pendidikan serta MOF dengan mengiktiraf UEC dalam sistem pendidikan. Beliau juga menggesa agar kerajaan memberikan biasiswa tanpa had kepada pelajar yang mengambil UEC (pesaing STPM).

MCA yang hanya ada 2 ahli parlimen telah melantik Mah Hang Soon sebagai Timbalan Menteri Pendidikan. Beliau satu ketika dahulu begitu lantang menentang pembelajaran tulisan jawi. Beliau juga tewas dalam PRU14 di kerusi Tanjung Malim.

MCA melantik Chong Sin Woon sebagai Pengerusi Pelabuhan Kelang di mana ia merupakan antara pelabuhan yang paling bernilai di Asia Tenggara serta dunia. Beliau tewas di kerusi Parlimen Seremban pada PRU14 yang lalu. Untuk rekod, beliau adalah individu yang lantang menentang hudud!

Tidak cukup dengan itu, MCA melantik Ti Lian Ker sebagai Timbalan Menteri Perpaduan. Tidak bertanding pada PRU14 yang lalu. Beliau sentiasa berkempen membantah hudud!

MCA turut melantik Tan Teik Cheng sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang. Beliau pernah menggesa Tun M semasa beliau menjadi PM supaya menjaga hati orang cina dengan mengiktiraf UEC. Beliau juga kalah di PRU14 di kerusi DUN Machang Bubok. Penang Port adalah lubuk emas.

MCA melantik Koh Chin Han sebagai Pengerusi Pelabuhan Melaka. Beliau pernah menuduh UMNO jahat kerana mempercepatkan pembentangan usul RUU355 di parlimen.

MCA juga melantik Chai Kim Sen sebagai Ahli Senator Dewan Negara. Sebagai info, beliau pernah berbangga kerana memperkenalkan MCA sebagai parti yang konsisten menentang hudud.

Ketua Pemuda MCA; Nicole Wong Siau Ting turut menikmati jawatan Ahli Lembaga Majlis Pembangunan Sumber Manusia (HRDF). Beliau lantang menentang pembelajaran khat dan tulisan jawi. Ramai tidak tahu bahawa beliau memiliki sijil palsu? Ijazah Sarjana Univ West Coast of Panama palsu?

Sedarkah kita bahawa: Presiden MCA pertama merupakan ahli Parti Komunis? MCA adalah cabang pengaruh komunis di Malaya? Warna biru dan lambang MCA juga sama dengan Parti Komunis. Sila buat rujukan.

Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan dalil bahawa PAS boleh bekerjasama dengan MCA. Pada hari ini kedua2 parti berada di dalam kerajaan dan juga kabinet.

“Saya cabar kepada khususnya MCA, PAS dan UMNO untuk memberi maklum balas atas segala fakta ini!” – kata Zack Rockstar

Nota kaki: Penulisan ini dipetik dari ciapan Twitter @zack_rockstar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top