Tong sampah sedia ada dialihkan bagi kerja-kerja pelebaran jalan

KEPALA BATAS – Beberapa penduduk sekitar Kampung Datuk meluahkan keresahan apabila tong komunal di Jalan Kedah berdekatan D’Pelepah dialihkan. Penduduk sekitar dilihat masih membuang sampah di tepi jalan walaupun tong sampah telah dialihkan. Keadaan ini menyebabkan sampah sarap berselerak di tepi jalan dan memburukkan pemandangan.

Sampah dibuang ditepi jalan

KK tekah menghubungi Zainuddin Mohamed, Ahli Majlis MBSP untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu ini. KK difahamkan satu lawatan tapak bersama Pengerusi MPKK Jalan Kedah dan wakil penduduk telah diadakan pada 18 Disember 2020. Lawatan turut dihadiri oleh Ooi Yong Wooi, Ahli Majlis MBSP dan beberapa jawatankuasa MPKK Kampung Datuk.

“Zainuddin Mohamed berkata tindakan mengalihkan tong sampah daripada lokasi asal adalah di atas permintaan JKR bagi tujuan kerja-kerja pelebaran jalan. Tong sampah yang dialihkan ditempatkan berdekatan pejabat JPS iaitu lebih kurang 300 meter daripada lokasi asal. Tong sedia ada yang berdekatan adalah di Jalan Datuk Hj. Ahmad Badawi berdekatan pusat cuci kereta B3 oleh itu penduduk boleh memilih mana yang berdekatan dengan mereka”.

“Wakil penduduk meminta agar MBSP mempertimbangkan untuk meletakkan tong berdekatan tapak asal dan mengemukakan beberapa cadangan lain kepada saya. Walaubagaimanapun cadangan tersebut sukar dipertimbangkan kerana sebaik kerja-kerja pelebaran jalan bermula di kawasan tersebut MBSP akan menghadapi kesukaran untuk membuat kutipan”.

“Saya akan cuba melihat jika ada jalan penyelesaian lain tetapi buat masa ini penduduk sekitar perlu sesuaikan diri dengan keadaan semasa. Saya telah meminta Jabatan Perkhidmatan Perbadanan MBSP mengeluarkan notis dan menyatakan dengan jelas lokasi tong berdekatan dan lokasi tong yang dialihkan untuk makluman penduduk sekitar. Maklumat tentang lokasi sementara tong sampah telah dinaikkan di tapak oleh itu saya berharap penduduk memberikan kerjasama dan tidak lagi membuang sampah di tepi jalan”.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top