RFID Satu Kegagalan PLUS

Semenjak 15 haribulan Januari yang lalu, Lebuhraya Utara Selatan di bawah kelolaan PLUS telah pun memulakan cara pembayaran RFID di tol dari Juru sehingga Skudai.

Biasanya menaik taraf atau penambah baikan akan membuatkan sesuatu itu menjadi lebih baik dan lebih lancar tapi tidak pada RFID kali ini walaupun sudah di uji lari di lebuhraya sektor utara, tapi hasilnya setelah dilancarkan adalah berbeza.

Rata – rata pengguna merungut dan tidak berpuas hati dengan sistem RFID yang dikatakan mampu memberi keselesaan kepada pengguna lebuhraya tetapi sebaliknya yang terjadi.

Akibat daripada sistem RFID yang mungkin tidak bersedia, menyebabkan kesesakan pada waktu pagi di plaza tol ketika pengguna ingin keluar daripada lebuhraya.

Ramai pengguna meluahkan kekecewaan di media sosial dengan pelbagai reaksi.

Ada yang menyatakan tak perlu RFID jika hendak guna e-wallet Touch N Go, cukup sekadar hanya link kan kad Touch N Go serta Smart Tag kepada e-wallet.

Selain dari itu, ada juga pengguna yang memberikan idea untuk menggunakan kad RFID seperti kad akses untuk masuk ke perumahan elit atau kondo. Jadi kad akses itu boleh ditukar ke kereta yang lain jika kereta satu lagi tidak digunakan berbanding stiker RFID yang harus dilekatkan secara kekal di setiap kereta dan ini membebankan pengguna kerana terpaksa membeli dua stiker RFID yang berasingan.

Itu belum lagi masalah stiker yang rosak akibat daripada mencuci kenderaan dan juga perlakuan nakal yang mengoyak stiker RFID daripada lampu hadapan.

Kerajaan terutama Kementerian Pengangkutan seharusnya mengkaji dengan lebih teliti dan mendalam sebelum sesuatu implimentasi besar seperti ini dilakukan. Adakah sudah tidak ada cerdik pandai untuk melakukan kajian atau projek-projek seperti ini dilakukan hanya demi kroni-kroni demi mengaut keuntungan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top