Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kepala Batas menerima sumbangan kerusi roda dan kemudahan tong sampah

KEPALA BATAS – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT) USM menerima sumbangan 5 set kerusi roda yang disumbangkan oleh YB Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman melalui Pusat khidmat ADUN Pinang Tunggal. PPV ini merupakan yang kedua di Kepala Batas selepas Dewan Millenium menjadi lokasi pertama. KK difahamkan PPV ketiga di Kepala Batas bakal dibuka dalam waktu terdekat.

Selain kerusi roda, kemudahan tong sampah turut disediakan di kedua-dua PPV. Setiap PPV menerima 2 set tong sampah MGB240L yang diuruskan oleh Ahli Majlis MBSP, En. Zainuddin Mohamed. Turut hadir ketika serahan ialah En. Hafizuddin Ridowan,  Penolong Pegawai Daerah PDTSPU dan Penghulu Sayuthi Ismail, Penghulu Kawasan DUN Pinang Tunggal.

Ahli Majlis MBSP, Zainuddin Mohamed berkata beliau akan meminta Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MBSP menghantar tambahan tong sampah jika diperlukan. “Tong sampah ini kebiasaanya disewakan tetapi atas semangat menyokong penuh Program Imunisasi Covid-19, tong ini disediakan tanpa sebarang caj. Sebagai Ahli Majlis MBSP saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU) dan agensi-agensi yang terlibat dalam program ini. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 turut menekankan kempen pendaftaran vaksinasi melalui MySejahtera serta pelbagai lagi usaha lain turut dicadangkan bagi memastikan rakyat di Seberang Perai mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin.” Zainuddin Mohamed berkata rakyat tidak seharusnya menolak program ini dan jangan mudah terpedaya dengan berita yang tidak tepat berkenaan vaksin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top