Pulau Pinang Bakal Mempunyai Teksi Air Moden

Gambar contoh Teksi Air

Negeri Pulau Pinang bakal mempunyai ‘Teksi Air’. Kerajaan negeri Pulau Pinang telah membuka ‘Request For Proposal’ (RFP) untuk penyediaan servis Teksi Air yang komprehensif dan moden.

Jesteru itu pelawaan kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk menyertai RFP ini dikehendaki mematuhi syarat-syarat dan keperluan yang telah ditetapkan seperti di dalam dokumen berkaitan.

Antara syrat-syaratnya ialah syarikat mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS).

Syarikat terbabit perlulah mempunyai modal berbayar (paid up capital) sekurang-kurangnya RM500,000 dan berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. (https://ep.penang.gov.my)

Antara benda penting yang perlu syarikat kemukakan ialah cadangan jeti, jenis dan spesifikasi bot atau feri yang akan digunakan, model kewangan (financial model) dan tempoh untuk melaksanakan projek Teksi Air ini.

Tujuan Kerajaan Negeri membina servis Teksi Air ini adalah untuk menyediakan satu mod pengangkutan awam yang baru bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kawasan pulau.

Selain daripada kegunaan harian awam untuk transit di antara tanah besar dan pulau, ianya juga bertujuan untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti pelancongan di Negeri Pulau Pinang.

Empat lokasi telah dikenal pasti untuk pembinaan jeti bagi perkhidmatan Teksi Air ini, antaranya ialah Strait Quay, Swettenham Pier, Jeti Pulau Jerejak dan Batu Maung Transfer Station. Jika syarikat mempunyai cadangan lokasi yang lain, Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan cadangan tersebut.

Jika Teksi Air ini Berjaya dilaksanakan, Pulau Pinang bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang akan menawarkan Teksi Air secara komprehensif dan moden.

Sumber: Buletin Mutiara

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Scroll to Top