PKR TANGGUH PEMILIHAN PARTI KE BULAN MEI

Image Credit: The Star


MELAKA, 8 Dis – Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semasa ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk pemegang jawatan bagi sesi 2022 hingga 2025 ditangguh ke tarikh baru dari 13 Mei sampai 18 Mei 2022.

Ini selaras dengan peruntukan Fasal 47.3 Perlembagaan PKR, maklum Setiausaha Agung Saifuddin Nasution dalam notis pekeliling penangguhan berkenaan hari ini.

Katanya, pemilihan parti akan dijalankan menurut kaedah dan peruntukan baru, sesuai dengan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di dalam mesyuaratnya semalam.

Berdasarkan notis pekeliling itu, pemilihan parti bagi kesemua jawatan termasuk sayap wanita dan pemuda di peringkat cabang akan diadakan selama lima hari pada bulan Mei.

Pemilihan turut diadakan pada tarikh yang sama bagi jawatan presiden, timbalan presiden serta empat naib presiden dan jawatan yang sama di sayap wanita dan pemuda bagi peringkat pusat.

Mesyuarat semalam juga menetapkan 8 April hingga 10 April sebagai hari pencalonan bagi peringkat cabang. Sementara itu, 11 April pula ditetapkan untuk pencalonan untuk jawatan MPP.

Saifuddin juga berkata kelayakan memilih hanya untuk anggota PKR yang berdaftar sebelum atau pada 31 Januari 2022 sahaja yang sah memilih barisan calon pimpinan di peringkat pusat dan cabang.

“Daftar anggota parti untuk kegunaan pemilihan 2022 akan dikeluarkan kepada cabang-cabang mulai 24 Februari 2022. Manakala calon-calon yang bertanding dalam apa jua peringkat jawatan akan dibekalkan dengan daftar pemilih parti selepas pencalonan mereka disahkan oleh JPP.

“Kelayakan untuk bertanding hanya anggota-anggota PKR yang mendapat pencalonan daripada dua orang anggota yang telah menjelaskan yuran keanggotaan dan layak mengundi dan menjadi anggota parti tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh kelulusan anggota 31 Jan 2022,” katanya.

Tambahnya, pengundian peringkat pusat dan cabang dijalankan secara pengundian digital (E-Voting) melalui kaedah hibrid iaitu undian atas talian dan undian secara fizikal di pusat pengundian.

Sebelum perubahan tarikh ini, PKR memaklumkan pemilihan parti pada 22 hingga 29 April manakala Kongres Nasional dari 10 hingga 12 Jun ini.

Parti itu turut menetapkan tempoh pencalonan bermula 11 hingga 19 Mac ini namun tarikh pencalonan bertembung dengan PRN Johor yang ditetapkan pada 12 Mac ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top