PKP Dilaksanakan Tapi Kes Meningkat

PKP 3.0 telah dilaksanakan dibeberapa buah kawasan di negeri Selangor, Perak, WP Kuala Lumpur. Kita telah pun menjalani dua PKP sebelum ini dan PKPB dan PKPP masih terus berjalan di kawasan-kawasan lain di seluruh negara.

Yang menghairankan, setelah DUA PKP berlangsung dan juga darurat yang masih berjalan, nampaknya kes harian belum lagi turun di bawah 1,000 malah meningkat pada masa sekarang dan keadaan di hospital-hospital covid juga agak kritikal. Apakah Kerajaan PN membuat keputusan mengikut citarasa tekak kapitalis atau mengikut data KKM? Ini yang menjadi persoalannya sekarang.

Jika kita lihat graf di atas di mana berdasarkan data – data dari KKM, faktor penyumbang utama klaster Covid adalah daripada sektor pengilangan. Jadi mengapa sektor ini tidak di’bersih’kan? Cukuplah dengan menutup sektor pengilangan ini selama 2 minggu daripada rakyat terus dikenakan PKP 3.0 / 4.0 dan seterusnya.

Yang ditutup adalah perniagaan makanan, bazar bazar di mana rakyat marhaen mencari sesuap nasi. Malah restoran-restoran di kawasan PKP juga tidak dibenarkan makan direstoran dan hanya boleh membawa bungkus dan pulang. Ternyata cara penyelesaian ini tidak kena dengan data KKM. Apakah fungsi seorang Menteri Kesihatan yang bertaraf Doktor tetapi tidak dapat melihat penyelesaian secara menyeluruh.

Rakyat bukannya membantah PKP atau PKPB atau PKPP tetapi rakyat mual dengan cara penyelesaian yang kerajaan PN jalankan sekarang ini. Seolah-olah Menteri-Menteri yang bertanggungjawab tidak belajar sesuatu dari PKP 1.0 dan PKP 2.0. Itu belum lagi dengan perbezaan layanan kepada ‘Puak Kayangan’ dan ‘Puak Marhaen’.

Rakyat sudah penat. Rakyat sudah lelah dengan keadaan sekarang. Rakyat mahukan perubahan. Rakyat inginkan satu kerajaan yang dapat memimpin dan menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat terbela. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil negara yang kita cintai ini akan hancur musnah.

1 thought on “PKP Dilaksanakan Tapi Kes Meningkat”

  1. Pingback: Pertimbang Tutup Sektor Perkilangan » Kami KEADILAN

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top