
Tahukah anda kes 3 bank memberi pinjaman sebanyak RM2.5b tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong sama kisahnya dengan Bank Bumiputera yang memberi pinjaman kepada Carrian Group?
RM2.5b tanpa cagaran. Carrian Group lingkup, akhir sekali Bank Bumiputera pun lingkup. Pernah dengar kes Jalil Ibrahim mati dibunuh?
Jalil Ibrahim adalah Pegawai Bank Bumiputera yang ditugas ke Hong Kong untuk membuat audit tentang Carrian Group. Akhirnya dia mati dibunuh dan dicampak ke dalam kebun pisang di Hong Kong.
Mayatnya ditemui tanpa dokumen pengenalan diri. Mujur ada duit 10 sen di dalam kocek yang memudahkan urusan pengecaman.

Sebelum Jalil meninggal, siasatan awalnya mendapati Carrian Group telah “suap” pegawai Bank Bumiputera untuk luluskan loan tanpa perlu mengikut prosedur. RM2.5b bukan nilai yg kecil.
Al-Fatihah untuk Jalil Ibrahim, manusia yang beramanah dan berintegriti.