Dari Penang Ke Sabah

Keputusan Pilihanraya Negeri Sabah telah diketahui umum. Walaubagaimanapun kita masih menunggu keputusan Yang Di-pertua Negeri Sabah untuk menentukan siapa Ketua Menteri yang baharu.

Rakyat Sabah telah membuat keputusan maka kita menghormati keputusan itu. Seluruh jentera dan keluarga WARISAN Plus perlu bekerja lebih kuat untuk terus mendapatkan keyakinan rakyat Sabah demi kemenangan yang lebih bergaya pada Pilihanraya yang akan datang.

Apa pun syabas dan tahniah kepada semua jentera yang telah bekerja kuat. Keadaan politik Malaysia amat unik dan rumit oleh itu saya menyeru rakan-rakan dan seluruh jentera untuk menggandakan lagi fokus dan gerak kerja di kawasan masing-masing.

Pesanan saya kepada semua yang pulang dari Sabah pastikan anda menjalani proses saringan bagi memastikan anda bebas dari jangkitan wabak Covid-19.

Saya bersama rakan-rakan yang pulang dari Sabah akan ke Pejabat Kesihatan Daerah esok untuk menjalani swab test.

Doakan keputusan kami nanti negatif.

ZAINUDDIN BIN MOHAMED
Ketua AMK Kepala Batas
#RakyatSabahMemilih
#AMKKepalaBatas
#KEADILANPulauPinang

Scroll to Top
Scroll to Top