Pertimbang Tutup Sektor Perkilangan

Terdahulu Data KKM telah menunjukkan bahawa sektor perkilangan adalah penyumbang terbesar kepada klaster Covid-19 sebanyak 48.06%. Yang menjadi persoalannya sekarang, kenapa sektor lain yang ditutup oleh Kerajaan?

Adakah Kerajaan membuat keputusan tidak berpandukan kepada data yang diberikan oleh KKM?

Apa yang disarankan oleh netizen sebelum ini ialah meminta pertimbangan Kerajaan untuk menutup sektor perkilangan secara total setidak tidaknya untuk 2 minggu berterusan bagi mengekang penularan virus Covid-19.

Kita harapkan pertimbangan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. Rakyat sudah muak, sudah mula letih dengan PKP yang macam biskut, tapi kes tak juga turun-turun.

#KitaJagaKita

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top