Perjanjian Persefahaman Kerjasama Kerajaan Perpaduan Malaysia

Selesai sudah Majlis Tandatangan Perjanjian Persefahaman Kerjsama untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Gabungan Parti yang menandatangani perjanjian ini adalah:

  1. Pakatan Harapan
  2. Barisan Nasional
  3. Gabungan Parti Sarawak
  4. Gabungan Parti Sabah
  5. Parti Warisan

Antara intipati daripada perjanjian ini adalah

  • Bersetuju untuk menjunjung kebenaran yang utuh dan benar dengan penuh kesetiaan kepada Yang Dipertuan Agong
  • Mengukuhkan sistem pemerintahan Perseketuan yang adil, bertanggungjawab dan demokratik.
  • Mengamalkan ekonomi yang adil dan dinamik
  • Pembahagian portfolio Jemaah Menteri mengikut kadar dengan jumlah Ahli Parlimen setiap parti.
  • Setiap Parti hendaklah menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, pembekalan atau apa-apa yang memberi kesan keabsahan Kerajaan.
  • Penyelesaian secara harmoni jika terdapat sebarang perselisihan faham melalui majlis ini.

Dengan termeterainya Perjanjian Persefahaman ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak langsung mempunyai majoriti 2/3 ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Dengan majoriti ini juga, amatlah diharapkan ianya akan memberi kestabilan politik dan ruang untuk Yang Berhormat semua menjalankan tugas untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat.

KESTABILAN MEMACU NEGARA!

Dokumen Perjanjian:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Scroll to Top