KEPALA BATAS – Frontliners Hospital Kepala Batas menerima cenderahati daripada Ahli Majlis MBSP, Zainuddin Bin Mohamed. Sumbangan ini disampaikan sempena majlis jamuan akhir tahun anjuran Wad 3A.
Sebanyak 50 cenderahati diserahkan untuk diedarkan kepada jururawat di Wad 3A. Sumbangan cenderahati hati ini merupakan tanda sokongan dan penghargaan kepada Frontliners Hospital Kepala Batas. Sumbangan diserahkan kepada Ketua Jururawat, Puan Nor Azlina Ismail.”
Zainuddin Mohamed berkata sebanyak 5 lagi cenderahati diserahkan kepada beberapa doktor yang bertugas. Diantara doktor yang hadir ke lobi untuk menerima cenderahati tersebut ialah Dr. Hor Chee Peng (Timbalan Pengarah Klinikal) dan Dr. Nor Suhaida Hanis (Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma).”
“Saya pernah menjadi sebahagian daripada warga Hospital Kepala Batas oleh itu saya dapat memahami kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh pentadbiran Hospital Kepala Batas dalam menyediakan perkhidmatan terbaik. Saya merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat yang dilantik pada 1 Januari 2019. Walaubagaimanapun perkhidmatan saya berakhir pada awal 23 Januari 2020 kerana saya terpaksa melepaskan jawatan selepas diberi tanggungjawab sebagai Ahli Majlis MBSP bagi tahun 2020.”
“Walaupun saya bukan lagi sebahagian daripada warga Hospital Kepala Batas, ia tidak menjadi penghalang untuk saya terus membantu dan bekerjasama dengan pihak hospital. Saya berharap cenderahati kecil tanda penghargaan daripada saya ini mampu menceriakan penerima. Terima kasih kepada semua Frontliners. Jasa, pengorbanan dan sumbangan anda berdepan dengan Pendamik Covid-19 amat dihargai. Bersama kita berdoa agar kesemua Frontliners dijauhi daripada jangkitan wabak Covid-19.”