matc-13-mac

PENDAFTARAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG (MATC / MATWC / MATAMKC) KEPALA BATAS BAGI TAHUN 2021 DAN 2022

Nota:

1. Hanya anggota KEADILAN yang berdaftar sehingga kelulusan MPP pada 31 Jan 2022 layak menghadiri MATC. Anggota yang tidak mengesahkan kehadiran melalui pendaftaran atas talian adalah tidak layak menghadiri mesyuarat agung secara fizikal.

2. Hanya anggota yang telah lengkap menerima vaksin dibenarkan menghadiri mesyuarat agung secara fizikal. Kehadiran adalah tertakluk kepada 50% kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 (3 Jan 2022)

3. Anggota digalakkan untuk membuat ujian kendiri Covid-19 sebelum menghadiri mesyurat agung sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19. Sekiranya anggota didapati positif Covid-19 atau kontak rapat yang bergejala selepas pendaftaran dilakukan, sila laporkan kepada urusetia dan tidak dibenarkan untuk menghadiri mesyurat agung.

4. Mesyuarat telah memutuskan kehadiran secara fizikal bagi Mesyurat Agung Tahunan Cabang (MATC) adalah seramai 100 orang, Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang (MATAMKC) seramai 50 orang dan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang (MATWC) seramai 50 orang. Jumlah kehadiran ini diputuskan selepas mengambil kira kapasiti ruang bilik mesyuarat bagi tujuan pematuhan SOP.

5. Nombor keahlian wajib diisi diruangan pendaftaran. Semakan nombor keahlian boleh di buat melalui pautan berikut: https://semakan.keadilanrakyat.org

Sila pilih butang pendaftaran yang berkenaan

Scroll to Top