Misi Bantuan Banjir Selangor & Pahang

Sukarelawan dari Cabang Keadilan Kepala Batas, Pulau Pinang

Kepala Batas, 24 Disember 2021 – Sekumpulan sukarelawan seramai 8 orang dari cabang Keadilan Kepala Batas, Pulau Pinang telah menyertai misi bantuan banjir di Selangor dan juga Pahang yang diketuai oleh Ketua AMK Cabang Kepala Batas, saudara Zainuddin Mohamed.

Seramai 7 orang sukarelawan telah menyertai misi bantuan tersebut. Kumpulan sukarelawan bertolak dari Bertam pada jam 4.00 petang dengan 3 buah kenderaan yang dipenuhi dengan sumbangan barang-barang daripada orang ramai dan juga syarikat.

Kumpulan Misi bantuan ini kemudiannya menginap di pusat koordinasi bantuan Keadilan, Dewan Bunga Kertas, Shah Alam. Pusat ini dikhususkan untuk pasukan Keadilan dari Pulau Pinang dan menjadi tempat penginapan untuk para sukarelawan dan sukarelawati.

Hari berikutnya, pasukan misi bantuan Cabang Kepala Batas telah bergerak ke Taman Dataran Abadi Fasa 2, Sepang untuk bersama-sama dengan rakan dari Amanah Kedah bagi mencuci dan membersihkan rumah yang seliputi banjir lumpur.

Setelah selesai bantuan di Sepang, pasukan sukarelawan kemudiannya bergerak ke Kampung Labohan Dagang, Banting untuk misi mencuci rumah yang seterusnya. Keadaan trafik agak padat kerana ramai sukarelawan-sukarelawan dari luar Selangor menghadirkan diri untuk bantuan mencuci serta memberikan bantuan barangan kepada penduduk yang terjejas.

Keadaan di sekitar Kampung Labohan Dagang masih terdapat rumah yang ditenggelami air banjir termenung. Ini serba sedikit menyukarkan aktiviti mencuci rumah-rumah yang terlibat.

Pasukan sukarelawan juga sempat mengedarkan barangan bantuan seperti lampin bayi, selimut, pakaian, ubat gigi, sabun mandi dan bermacam lagi barangan bantuan dari orang ramai. Penduduk yang terjejas, amat bersyukur dengan bantuan yang tiba.

Terdapat juga rungutan daripada penduduk setempat yang menyatakan adanya karenah birokrasi dan pilih kasih untuk barangan bantuan di pusat pemindahan sementara banjir. Penduduk bersyukur bantuan terus sampai kepada mereka yang terjejas.

Keesokkan paginya sebelum bertolak ke Mentakab, Pahang, pasukan sukarelawan Keadilan disantuni oleh ADUN Seri Setia, YB Halimey Abu Bakar dan Ahli Majlis kawasan.

Di Mentakab, kumpulan sukarelawan Pulau Pinang di sambut oleh Keadilan Cabang Mentakab di pusat pengumpulan barangan bantuan.

Bantuan terus diberikan di sekitar Taman Murni, Lanchang. Edaran bantuan barangan diteruskan sehingga lewat petang.

Pasukan sukarelawan Cabang Kepala Batas terus pulang Pulau Pinang sejurus semuanya selesai kerana masing-masing mempunyai kerja hakiki yang harus disambung keesokkan harinya.

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dan misi memberikan bantuan kepada rakyat di Selangor dan juga Pahang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top