
1. Parti Keadilan Rakyat cabang Kepala Batas mengadakan Majlis Perlancaran Jentera PRU-15 yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan).
2. KEADILAN Kepala Batas bersiap siaga untuk menempuh Pilihan Raya Umum yang berkemungkinan akan diadakan dalam masa terdekat.
3. Cita-cita kita jelas – kita nak merdekakan rakyat daripada penjarah, perompak dan penyamun. Banyak perkara yang boleh dibangunkan di Kepala Batas kalau kita buat perkara secara telus.
4. Bukan 5 tahun sekali baru sekampit beras nak sampai depan rumah. Bukan 5 tahun sekali pasang banner tepi jalan macam negeri ini tiada peraturan. Nak jadi wakil rakyat, tidak hanya cukup dengan jadi “Poster Boy”.

5. Nak jadi pemimpin, perlu adanya aspirasi dan matlamat. Faham dan dengar keluh kesah mereka yang di lapangan. Kemudian jadilah denyut nadi pada rakyat. Barulah kita boleh manifestasikan makna ‘Wakil Rakyat’ itu sendiri.
6. Oleh itu, KEADILAN kali ini kita bariskan pimpinan yang boleh memenuhi peranan sebenar untuk menjadi suara kepada rakyat.
7. Yakinlah, tiada yang lebih utama berbanding agenda rakyat. Kita takkan biarkan penjarah untuk bolot hasil kekayaan kita semua untuk kepentingan peribadi mereka. KEADILAN pasti pilihan utama untuk PRU kali ini.
REFORMASI!
‘Uzair Fadzli
Naib Ketua AMK Kepala Batas