4,498 Kes Covid, Malaysia Kritikal

Kes covid semaking meningkat, semalam sahaja jumlah kes harian covid telah mencecah 4,498 kes dengan 22 kes kematian. Laporang dari Tan Sri Dr Noor Hisham sendiri semakin banyak klaster baru dikesan.

Jumlah yang ditempatkan di dalam ICU direkodkan adalah 506 kes dan 295 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ledakan kes terbaru ini tidak dikaitkan dengan ‘Gelombang Keempat’.

Pada 4 Mei lalu, #KerajaanGagal telah mengisytiharkan PKP di 6 daerah di Selangor manakala pada 7 haribulan beberapa daerah di Johor, Perak dan Terengganu serta Kuala Lumpur diletakkan di bawah kawalan PKP.

Malaysia turut menyekat kemasukan daripada negera Nepal, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan.

Menurut sumber dari Astro Awani, kelompok warganegara Malaysia merekodkan kes tertinggi berbanding dengan warga asing. Jesteru itu warganegara menyumbang kepada 90 peratus kes berbanding warga asing.

Menurut statistik laman web Worldometers.info kedudukan Malaysia terletak ditangga ke – 42 dari senarai keseluruhan dunia.

Kementerian Kesihatan juga telah pun mengambil beberapa langkah drastik demi memastikan hospital-hospital di seluruh negara berupaya berfungsi secara optimum. Bagi kes kes bukan Covid, ianya telah diasingkan ke hospital-hospital tertentu demi menjadikan hospital terpilih sebagai hospital Covid 100 peratus.

Beberapa hospital biasa juga dikatakan terpaksa merawat pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan di wad biasa.

#KitaJagaKita

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top