Kerajaan tamatkan penjawat lantikan politik

Kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan ke semua lantikan jawatan politik dengan serta merta.

Ianya membabitkan ke semua peringkat termasuk badan berkanun Persekutuan, syarikat menteri kewangan (Diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

Perkara itu telah ditandatangani di dalam sebuah dokumen oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan telah diedarkan kepada semua Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian untuk perlaksanaan segera.

Keputusan penamatan jawatan lantikan politik dibuat selepas perbincangan panjang lebar dan ada menteri yang mengakui ada sebahagian lantikan berkenaan yang cekap laksanakan tugas. Justeru, isu yang hendak diambil perhatian ialah bagaimana menentukan mereka yang cekap dan yang tidak berfungsi, akan tetapi keputusan muktamad ialah menamatkan ke semuanya sekaligus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top