
Pada Februari lalu, Pulau Pinang ditawarkan dua juta dos vaksin yang didermakan untuk penduduk Pulau Pinang.
Perkara ini didedahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, YB Chow Kon Yeow. Beliau telah menulis satu surat kepada Kementerian Kesihatan untuk meminta kebenaran menggunakan vaksin tersebut tetapi ditolak selain meminta Pulau Pinang menunggu penerimaan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan dilancarkan.
Ketua Menteri Pulau Pinang berkata sekiranya dua juta dos itu berlebihan ianya dapat diberikan kepada negeri lain yang memerlukan.
Beliau turut bertanya kenapa Pulau Pinang tidak berikan peluang yang sama seperti negeri Selangor dan Sarawak.
Pada sidang media yang sama, Lim Guan Eng (Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) menegaskan langkah menolak vaksin itu adalah satu perbuatan jenayah.
“Ini adalah jenayah kerajaan Perikatan Nasional. Anda membenarkan sumbangan politik, tetapi sumbangan vaksin tidak dibenarkan. Kepala ota dia. Bagaimana ini berlaku?”
“Ia adalah jenayah untuk menghalang vaksin daripada diberikan, kerana ramai orang termasuk wartawan, belum diberikan suntikan mereka,” ujar Ahli Parlimen Bagan.
Ketua Menteri Pulau Pinang juga menyatakan sokongan kepada Angkatan Tentera Malaysia yang menempatkan ICU Medan di Hospital Kepala Batas. ICU medan boleh memuatkan sebanyak 27 katil.
Sebanyak RM2.038 juta peruntukan diminta daripada Kerajaan Pulau Pinang untuk pembekalan elektrik, mekanikal dan kejuruteraan awam bagi mendirikan ICU medan tersebut.