KEJOHANAN DART PERSEORANGAN PIALA AHLI MAJLIS MBSP

5 Februari 2022 | Sabtu | 9.00 pagi
Pusat Kecemerlangan JPS SPU

KEPALA BATAS – Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Zainuddin Mohamed merasmikan Kejohanan Dart Perseorangan Ahli Majlis MBSP. Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Wawasan Negeri Pulau Pinang.

Menurut penganjur, seramai 83 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. Peserta daripada Negeri Perlis, Kedah dan Perak turut mengambil bahagian.

“Ini merupakan kali pertama saya melihat bagaimana kejohanan Dart dijalankan. Tahniah dan syabas kepada Persatuan Wawasan Negeri Pulau Pinang merangkap penganjur. Tahniah juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini”.

“Saya berpeluang membuat balingan dart ketika gimik perasmian. Mudah melihat cara peserta membuat balingan tetapi ia memerlukan teknik yang betul untuk balingan yang baik. Saya pernah bermain dart beberapa tahun dahulu tetapi sekadar bermain santai bersama rakan-rakan”

Mengulas lanjut, Zainuddin Mohamed memaklumkan bahawa beliau akan sentiasa menyokong penuh apa sahaja jenis sukan yang bermanfaat buat belia dan komuniti.

“Selain bagi tujuan bersukan dan riadah, aktiviti sebegini juga dapat mengeratkan silaturrahim diantara peserta disamping mengisi kekosongan masa pada hari cuti,” jelasnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top