KEADILAN KEPALA BATAS SANTUNI MASYARAKAT – KADUN BERTAM

BERTAM – Ziarah Mesra Parti Keadilan Rakyat Cabang Kepala Batas kali ini tertumpu di Kampung Datuk dan Kampung Lahar Ikan Mati. Sebanyak 6 keluarga disantuni melalui ziarah ini.

Ziarah Mesra ini diketuai oleh Zainuddin bin Mohamed selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas merangkap Pengarah Komunikasi KEADILAN Cabang Kepala Batas.

Zainuddin Bin Mohamed memberitahu sebanyak 5 keluarga menerima bantuan barangan dapur dan seorang penerima bantuan kerusi roda.

“Ziarah ini bukan sekadar untuk menyampaikan sumbangan tetapi kami juga bertanyakan tentang permasalahan mereka yang mungkin memerlukan perhatian pihak berwajib. Selain itu semakan juga dibuat bagi memastikan mereka menerima bantuan Kerajaan Negeri, Zakat Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain bantuan yang layak diterima. Terima kasih kepada Jawatankuasa MPKK Jalan Kedah di atas usaha untuk mencari dan menyenaraikan penerima yang memerlukan bantuan”.

Menurutnya program ini merupakan program bersama sayap pemuda dan sayap wanita KEADILAN Kepala Batas.

Hadir sama, Rusmawati Binti Yusoff (Ketua Wanita KEADILAN Cabang Kepala Batas), Valaitham a/l Subramaniam (Naib Ketua KEADILAN Cabang Kepala Batas), Rufidah Binti Hashim (Pengerusi JPWK KADUN Bertam), Abdul Jalil Bin Yahaya (Pengerusi MPKK Jalan Kedah), jawatankuasa serta ahli.

Scroll to Top
Scroll to Top