KEADILAN Kepala Batas Ziarah Mangsa Kebakaran

Angkatan Muda KEADILAN Kepala Batas yang diketuai Zainuddin Mohamed menziarahi keluarga Fadzil Harun di Kampung Padang Benggali bagi menyampaikan sedikit sumbangan dan bertanyakan khabar keluarganya.

Rumah ibu kepada Fadzil Harun hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada 20 Januari 2021.Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung keluarga akibat kebakaran ini. Zainuddin Mohamed menyeru masyarakat untuk sama-sama membantu meringankan beban keluarga ini.

“Saya berasa simpati terhadap keluarga ini kerana mereka diuji dengan musibah kebakaran dalam keadaan negara masih berdepan dengan ancaman wabak Covid-19. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang pastinya sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan dan ekonomi rakyat, kebakaran yang melanda keluarga ini pasti memberikan kesan yang besar. Oleh itu saya menyeru masyarakat untuk tampil membantu meringankan beban keluarga ini”.

“YB Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman selaku ADUN angkat Bertam merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bersama Penghulu Pejabat Daerah SPU telah pun hadir menziarahi keluarga ini pagi tadi bagi menyampaikan sumbangan awal”.

Zainuddin Mohamed selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas merangkap Pengarah Komunikasi KEADILAN Cabang Kepala Batas berkata pihaknya akan cuba mendapatkan bantuan lain seperti Pampers, susu bayi dan pakaian bayi untuk disalurkan kepada keluarga ini cepat mungkin.

Hadir sama, Puan Rusmawati Yusoff (Ketua Wanita KEADILAN Kepala Batas), Sdr Mohd Yatim Mahmud (Halim) (Pengerusi Ranting Taman Kuala Bekah) dan beberapa ahli-ahli KEADILAN.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top