
Tular di media sosial satu surat yang bertajuk “TINDAKAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT” yang ditujukan kepada Cikgu Fadhli Salleh dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
KEADILAN CABANG KEPALA BATAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan intimidasi terhadap warga pendidik dan juga kepada mana-mana penjawat awam yang membuat keluhan ataupun yang memberi cadangan penambahbaikan kepada institusi Kerajaan. Sesungguhnya mereka yang berada dilapangan adalah meraka yang lebih arif terhadap isu tersebut.
Tiada respon daripada Dr. Radzi Jidin setelah beberapa bulan Cikgu Fadhli Salleh bersuara melalui saluran yang betul, sehingga semalam melalui posting di Facebook, Dr. Radzi Jidin memberi maklum balas ingin berjumpa Cikgu Fadhli Salleh setelah diviralkan oleh netizen.
Melihat dari isu ini, ternyata jelas bahawa Dr. Radzi Jidin yang memegang portfolio pendidikan tidak menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Pendidikan Malaysia dengan baik kerana pendidikan adalah salah satu tunjang kepada pembangunan insan dan juga masa depan Malaysia itu sendiri.
Kami menuntut agar tindakan yang bakal dikenakan kepada Cikgu Fadhli Salleh tersebut ditarik balik dan dihentikan serta merta. Adalah menjadi harapan kami agar satu pembaharuan di dalam institusi Kerajaan untuk menghapuskan intimidasi yang sebegini di masa hadapan agar institusi dilihat lebih telus dalam menjalankan urusan Kerajaan.
ABDUL RAHIM ABDUL RANI
KETUA PENERANGAN
CABANG KEPALA BATAS
P. PINANG
1 thought on “HAPUSKAN ‘LITTLE NAPOLEAN’ DI DALAM PENGURUSAN KERAJAAN”
Terbaik Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kepala Batas.
Parti Keadilan membela keadilan untuk rakyat.