Edaran Bubur Lambuk Oleh Sayap Pemuda dan Wanita KEADILAN Cabang Kepala Batas

KEPALA BATAS – Tradisi memasak serta mengedarkan bubur lambuk di Bulan Ramadan diteruskan tahun ini oleh Angkatan Muda dan Wanita Cabang Kepala Batas. Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Zainuddin Mohamed, bubur lambuk edaran AMK ditaja oleh sebuah restoran manakala bubur lambuk Wanita Cabang dimasak secara gotong-royong..

” Lebih kurang 600 pek bubur lambuk diedarkan di beberapa Bazar Ramadan sekitar Kepala Batas. Diantara lokasi edaran ialah Bazar Ramadan Taman Permatang Sintok, Pekan Kepala Batas, Depan Masjid At-Taqwa Bertam Indah, Pasar Kayangan, Bertam Perdana dan Bertam Putra. Pada tahun-tahun lepas edaran hanya sekitar 300 hingga 350 pek tetapi tahun ini jumlahnya meningkat dan dapat diedarkan di banyak lokasi”.

“Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada jawatankuasa AMK dan Wanita Keadilan Kepala Batas. Walaupun masing-masing sibuk dengan ativiti keluarga namun mereka sempat meluangkan masa bagi menjayakan program edaran bubur lambuk pada hari ini. Semoga edaran bubur lambuk ini memberi kebaikan dan menjadi saham kebajikan kepada semua yang terlibat,” katanya.

Turut bersama mengedarkan bubur lambuk ialah Timbalan Ketua Cabang Kepala Batas, Ustaz Muhasdey Muhamad.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top