
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘budak kita’ ? Di harap Pihak PDRM dapat menyelidik tentang perkara ini. Jangan dibiarkan sampai terpalit busuknya nama PDRM nanti. Rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada PDRM untuk menjaga kesejahteraan negara tercinta Malaysia. Rakyat mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada badan beruniform ini, tetapi seandainya rasa hormat dan yakin itu hilang, kita risau akan malapetaka yang bakal menimpa seluruh negara.
Rakyat tidak mahu negara dikuasi oleh ‘kartel-kartel’ yang jahat, malah rakyat mahukan negara Malaysia makmur dan sejahtera dari segi pergaulan di antara kaum dan pembangun ekonomi yang cemerlang serta kesejahteraan politik yang kukuh.
Jika negara kita terus dikuasai oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik mereka sendiri, ianya amat memalukan. Malah pelabur asing yang mendengar juga akan hilang keyakinan untuk melabur di Malaysia sekaligus melenyapkan peluang pekerjaan serta perniagaan untuk rakyat Malaysia. Akhirnya rakyat sendir yang menanggung kesengsaraan dan implikasi dari perbuatan pihak yang tidak bertanggung jawab ini.
Bersama-samalah kita membantu Pihak PDRM untuk melaporkan sebarang jenayah tidak kira jenayah biasa ataupun jenayah politik.
Seteruk teruk jenayah biasa, ianya tidak melibatkan semua rakyat, tetapi jikalau jenayah politik, seluruh negara akan terbabit!
Semoga maju jaya