Berkhatan PERCUMA anjuran Pusat Khidmat ADUN Pinang Tunggal

PINANG TUNGGAL – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak menjadi halangan buat Pusat Khidmat ADUN Pinang Tunggal untuk menganjurkan Program Berkhatan PERCUMA kepada anak-anak KADUN Pinang Tunggal. Program ini memberi manfaat kepada 50 kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun. Diantara syarat-syarat yang ditetapkan kepada pemohon bagi melayakkan mereka diterima sebagai peserta khatan PERCUMA ialah pendapatan keluarga haruslah RM2,500.00 ke bawah dan tinggal dalam kawasan DUN Pinang Tunggal.

“Ustaz Muhasdey Muhamad selaku Pegawai kepada YB Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, ADUN Pinang Tunggal berkata Pusat Khidmat menyediakan cenderamata kepada semua peserta. Program pada tahun ini diadakan secara ringkas memandangkan Pendamik Covid-19 masih belum berakhir. Walaupun program berjalan secara ringkas tetapi matlamat utama program iaitu untuk menyediakan perkhidmatan berkhatan secara percuma kepada anak-anak daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2,500.00 tercapai”.

“Seramai 10 peserta berkhatan pada 17 Disember (Khamis), 20 peserta pada 18 Disember (Jumaat) dan 20 peserta terakhir pada 19 Disember (Sabtu). Sesi berkhatan pada hari Jumaat dan Sabtu dibahagikan kepada dua sesi iaitu 10 peserta pada sesi pagi dan 10 lagi pada sesi petang”.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top