Anwar Ibrahim bukan Ustaz atau Ulama, tetapi Anwar adalah Intelektual Muslim yang taat dan berpengetahuan luas dalam agama Islam yang diakui oleh dunia Islam dan Barat.

Anwar boleh membahas pelbagai perkara berhubung dengan Islam kerana Anwar mempunyai pengetahuan yang baik dalam agama Islam dan diakui oleh para ulama di seluruh dunia sebab itu Anwar Ibrahim diakui sebagai Intelektual Muslim.
Budaya dan Nilai-Nilai Islam
Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang bertanggungjawab membawa Budaya dan Nilai-Nilai ISLAM ke dalam Umno dan kerajaan.
Sebelum Anwar Ibrahim memasuki Umno dan Kerajaan pada tahun 1982 masyarakat Melayu hanya bermimpi tentang penerapan Budaya dan Nilai-Nilai Islam dalam kerajaan.

Sebaik Anwar Ibrahim memasuki Umno dan kerajaan.Kerajaan dan Umno mulai ‘ menerapkan Budaya dan Nilai-Nilai ISLAM dalam pentadbiran.
Anwar Ibrahim berjaya membawa umat Islam di Malaysia keluar dari memakan ‘ RIBA ‘ pada tahun 1983 apabila beliau berjaya menubuhkan Bank Islam di Malaysia pada tahun tersebut.

Dengan tertubuhnya Bank Islam maka lahir Takaful Islam,Muamalat Islam,Pajak Gadai Islam dan banyak lagi.

Anwar Ibrahim menubuhkan University Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1983. Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986.
Anwar Ibrahim berjaya mengIslamkan falsafah pendidikan Malaysia.
Anwar Ibrahim memperkenalkan pemakaian tudung dan menutup aurat kepada pelajar-pelajar perampuan,natijahnya ibu pelajar akhirnya turut menutup aurat sehingga hari ini.
Anwar Ibrahim memperkenalkan pemakaian seluar panjang kepada pelajar lelaki.
Anwar Ibrahim memasukan subjek Tasawwur Islam ke dalam sukatan pelajar di Malaysia.
Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan telah mengubal dasar untuk menghantar pelajar-pelajar Malaysia ke Timur Tengah untuk belajar bahasa Arab secara besar-besaran.

Dr.Maszlee Menteri Pendidikan adalah hasil dari gagasan Anwar yang menghantar pelajar-Pelajar Malaysia ke Negara-Negara Arab dan Timur Tengah. Dr.Maza, Dr.Zahazan, Dr.Erfino dan banyak lagi.

Setelah Anwar Ibrahim memasuki Umno, wanita Umno mulai memakai tudung.
Anwar Ibrahim memperkasa Mahkamah Syariah.
Anwar Ibrahim pernah membela pelajar perampuan yang dibuang dari Sekolah kerana memakai tudung pada tahun 1974.
Anwar Ibrahim membawa perkara tersebut ke Mahkamah untuk mendapat keadilan akhirnya Anwar dan pelajar tersebut menang dalam kes tersebut.
Kerajaan Pakatan Harapan sekarang menerima dan meleksanakan IDEALISME Anwar Ibrahim menerapkan Budaya dan Nilai-Nilai Islam ke dalam pentadbiran Kerajaan menerusi Maqasid Syariah dengan pendekatan ‘ Rahmatan Lil Alamin.’
PAS bersama Umno/BN dari tahun 1973 hingga 1978 tidak berupaya dan gagal membawa budaya dan nilai-nilai Islam ke dalam pentadbiran kerajaan.
Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin politik yang berfahaman DEMOKRATIK yang mempraktikkan POLITIK NILAI dan mengamalkan POLITIK BERSIH serta menggunakan pendekatan ISLAM dalam politik.
1 thought on “Anwar Pelopor Nilai Islam kepada Rakyat dan Kerajaan”
Can you name one Islamic government that is sucessfull to unite and prosper its people.