Ahli Majlis MBSP Salurkan Sumbangan Makanan Ringan Kepada Wira Oren

KEPALA BATAS – Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dikuatkuasakan di negeri Pulau Pinang, Zainuddin Mohamed selaku Ahli Majlis MBSP tampil menyerahkan sumbangan makanan ringan kepada pasukan Response Team di Depoh Taman Bertam Indah dan Depoh Jabatan Pengurusan Krisis di Taman Bertam Flora. Zainuddin Mohamed berkata sumbangan ini adalah untuk pasukan “Response Team” dan Jabatan Pengurusan Krisis yang bertugas di waktu malam.

“Bantuan sumbangan makanan ringan ini diberikan memandangkan operasi kedai makan dan serbaneka tamat pada jam 10.00 malam. Seperti semua maklum, pada awalnya waktu operasi terpaksa ditamatkan seawal jam 8.00 malam dan kemudiannya keputusan ditukar ke jam 10.00 malam. Keputusan untuk melanjutkan waktu operasi ini adalah baik kerana menamatkan waktu operasi seawal jam 8.00 malam amat tidak sesuai dan menyusahkan rakyat. Sumbangan yang diberikan dijangka mampu bertahan sehingga 4 Februari 2021. Sekiranya PKP dilanjutkan atau waktu operasi kedai makan dan kedai serbaneka kekal tamat pada jam 10.00 malam saya dan rakan-rakan Ahli Majlis akan tambah lagi stok makanan ringan untuk pasukan yang bertugas di syif malam.”

Hadir bersama ialah Ahli Majlis Anuar Yusoff dan Ahli Majlis Ooi Yong Wooi. Anuar Yusoff berkata inisiatif yang diambil Ahli Majlis Zainuddin Mohamed ini sepatutnya menjadi contoh kepada semua Ahli Majlis MBSP dan MBPP. Ahli Majlis Ooi Yong Wooi pula berpesan agar rakyat Malaysia terus konsisten dalam mematuhi SOP kerana kita belum berjaya melawan Covid-19.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top