Ahli Majlis MBSP Salurkan Sumbangan Makanan Ringan Kepada Wira Oren

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dikuatkuasakan di negeri Pulau Pinang, Zainuddin Mohamed selaku Ahli Majlis MBSP tampil menyerahkan sumbangan makanan ringan kepada pasukan Response Team di Depoh Taman Bertam Indah dan Depoh Jabatan Pengurusan Krisis di Taman Bertam Flora. Zainuddin Mohamed berkata sumbangan ini adalah untuk pasukan “Response Team” dan Jabatan Pengurusan Krisis yang bertugas di waktu malam.